Cirit-birit

Sumber gambar: Google Image

  • Bayi yang mengalami cirit-birit mesti terus menyusu badan
  • Bahaya utama cirit-birit adalah dehidrasi. Bayi perlukan seberapa banyak bendalir yang boleh didapati.
  • Ia mungkin perlukan larutan glukosa-elektrolit (atau air garam dan gula atau teh atau hanya air!) begitu juga susu ibu.
  • Jika kanak-kanak mengalami cirit birit beserta muntah dan enggan menyusu, maka perlu berhenti menyusu selama 12-24 jam dan hanya berikan campuran glukosa-elektrolit (atau air) terlebih dahulu.
  • Susu ibu boleh diberi apabila bayi mahu menghisap dan larutan glukosa-elektrolit boleh diberi antara penyusuan.
  • Jangan tunggu hingga cirit-birit berhenti sepenuhnya. Ingat bahawa makanan yang dimakan adalah lebih penting daripada apa yang keluar sebagai najis.
  • Selagi bayi ingin menyusu dan telah berhenti muntah serta minum cukup air untuk menghalang kedehidratan, pembuangan najis yang cair tidak perlu dirisaukan.

Sumber gambar: Google Image

  • Pastikan anda memeriksa samada berat bayi meningkat mengikut beratnya yang telah hilang dan menunjukkan kemajuan. Jika tidak, ia mungkin penyakit lain yang memerlukan rawatan.
  • Bagaimanapun, cirit-birit teruk yang memerlukan rawatan aktif jarang berlaku pada bayi yang menyusu susu ibu sahaja dan ia sering berlaku pada bayi yang diberikan susu tambahan.

 

Rujukan:

Elisabet Helsing & F. Savage King (1999). Jika Bayi Sakit : Cirit- Birit. Panduan Susuan Ibu. 143. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments are closed.