Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Dikemaskini pada 4/6/2010 (link)

Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Selain itu, fasiliti ini juga perlu mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi.  Objektif asas bagi Tata Etika ini adalah memastikan pemakanan yang selamat dan mencukupi bagi semua bayi.

Di Malaysia, Inisiatif Hospital Rakan Bayi telah dilaksanakan sejak tahun 1993. Selepas 5 tahun pelaksanaannya, pada 3 Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan sistem kesihatan, terutamanya klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan fasiliti yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Objektif Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Objektif umum pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif serta pemakanan yang terbaik untuk bayi. Melalui usaha ini, ibu bapa dapat diberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan supaya mereka boleh menentukan penjagaan dan pemakanan yang terbaik untuk bayi mereka.

Konsep Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Hospital Rakan Bayi mempunyai rutin, kakitangan dan polisi  yang komited mempromosi, menyokong dan melindungi amalan penyusuan susu ibu melalui pelaksanaan  “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” seperti yang disarankan oleh WHO/ UNICEF.

Standard Kualiti

Inisiatif ini dilaksanakan melalui penggunaan panduan yang telah ditetapkan oleh WHO/ UNICEF. Sesebuah hospital yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi perlu menjalankan pemantauan dalaman pada setiap enam bulan. Selain itu, penilaian semula akan dibuat selepas dua tahun pertama pengiktirafan dan setiap tiga tahun bagi tahun-tahun seterusnya. Mekanisme pemantauan adalah menggunakan panduan standard WHO/UNICEF.

Latihan

Pelaksanaan ini diperkukuhkan dengan aktiviti latihan, bengkel, orientasi dan taklimat dari semasa ke semasa, kepada anggota kesihatan terlibat dalam Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ini bagi memastikan sesebuah fasiliti tersebut mampu memenuhi keperluan pelaksanaannya.

Kajian

Keberkesanan program ini juga dinilai berdasarkan kajian impak seperti dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II (1996) dan  Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006). Selain itu, indikator bilangan hospital diiktiraf, data kepatuhan status dan data pelaksanaan pengekalan status Hospital Rakan Bayi juga dikumpul dan dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Pengiktirafan Dan Kejayaan

Sehingga akhir tahun 2008, terdapat 125 buah hospital yang telah diiktirafkan sebagai Hospital Rakan Bayi.  Ini termasuk 6 buah hospital swasta. Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini telah memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 (NHMS III) telah menunjukkan kadar bayi yang pernah menyusu (ever breastfed) meningkat sebanyak 6.1% dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan iaitu daripada 88.6 % pada tahun 1996 ke 94.7 % pada tahun 2006 (Laporan NHMS III, 2006).

Peratus ibu yang memulakan penyusuan dalam tempoh 1 jam selepas kelahiran pada tahun 2006 juga meningkat kepada  63.7% berbanding dengan 41.4% pada tahun 1996 (Laporan NHMS 3, 2006).

10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

  1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.

HOSPITAL RAKAN BAYI:

Perlis
1.    Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

Kedah
2.    Hospital Sultanah Bahiyah
3.    Hospital Sultan Abdul Halim
4.    Hospital Kulim
5.    Hospital Langkawi
6.    Hospital Baling
7.    Hospital Sik
8.    Hospital Yan
9.    Hospital Jitra
10.    Hospital Kuala Nerang

Pulau Pinang
11.    Hospital Pulau Pinang
12.    Hospital Seberang Jaya
13.    Hospital Bukit Mertajam
14.    Hospital Kepala Batas
15.    Hospital Sungai Bakap
16.    Hospital Balik Pulau

Perak
17.    Hospital Raja Permaisuri Bainun
18.    Hospital Taiping
19.    Hospital Teluk Intan
20.   Hospital Seri Manjung
21.    Hospital Slim River
22.    Hospital Batu Gajah
23.    Hospital Kuala Kangsar
24.    Hospital Tapah
25.    Hospital Parit Buntar
26.    Hospital Kampar
27.    Hospital Sungai Siput
28.    Hospital Selama
29.    Hospital Gerik
30.    Hospital Changkat Melintang

Selangor
31.    Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
32.    Hospital Kajang
33.    Hospital Banting
34.    Hospital Kuala Kubu Baru
35.    Hospital Tanjung Karang
36.    Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam

Hospital Serdang – list ini ditambah oleh Ummu Ibtisam :-)

Kuala Lumpur
37.    Hospital Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan
38.    Hospital Putrajaya
39.    Hospital Labuan

Negeri Sembilan
40.    Hospital Tuanku Jaafar
41.    Hospital Tuanku Ampuan Najihah
42.    Hospital Tampin
43.    Hospital Port Dickson
44.    Hospital Jelebu

Melaka
45.    Hospital Melaka
46.    Hospital Alor Gajah

Johor
47.    Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
48.    Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
49.    Hospital Batu Pahat
50.    Hospital Kluang
51.    Hospital Segamat
52.    Hospital Kota Tinggi
53.    Hospital Pontian
54.    Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai   (HSTSTI)
55.    Hospital Tangkak
56.    Hospital Mersing

Hospital Sultan Ismail - list ini ditambah oleh Ummu Ibtisam :-)

Pahang
57.    Hospital Tengku Ampuan Afzan
58.    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
59.    Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
60.   Hospital Kuala Lipis
61.    Hospital Bentong
62.    Hospital Raub
63.    Hospital Jerantut
64.    Hospital Jengka
65.    Hospital Muadzam Shah

Terengganu
66.    Hospital Sultanah Nur Zahirah***
67.    Hospital Kemaman**
68.    Hospital Dungun
69.    Hospital Besut
70.    Hospital Hulu Terengganu
71.    Hospital Setiu

Kelantan
72.    Hospital Raja Perempuan Zainab II
73.    Hospital Kuala Krai**
74.    Hospital Pasir Mas
75.    Hospital Tanah Merah
76.    Hospital Tumpat
77.    Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh
78.    Hospital Machang
79.    Hospital Gua Musang

Sarawak
80.    Hospital Umum Sarawak
81.    Hospital Sibu**
82.    Hospital Miri**
83.    Hospital Bintulu**
84.    Hospital Kapit**
85.    Hospital Sarikei **
86.    Hospital Sri Aman
87.    Hospital Saratok
88.    Hospital Kanowit
89.    Hospital Limbang
90.    Hospital Serian
91.    Hospital Daro
92.    Hospital Betong
93.    Hospital Bau
94.    Hospital Mukah
95.    Hospital Simunjan
96.    Hospital Marudi
97.    Hospital Lundu
98.    Hospital Lawas

Sabah
99.    Hospital  Likas*
100.    Hospital Duchess of Kent**
101.    Hospital Tawau**
102.    Hospital Keningau**
103.    Hospital Lahad Datu**
104.    Hospital Beaufort
105.    Hospital Kudat
106.    Hospital Kota Belud
107.    Hospital Sipitang
108.    Hospital Tenom
109.    Hospital Ranau
110.    Hospital Papar
111.    Hospital Kinabatangan
112.    Hospital Kota Marudu
113.    Hospital Semporna
114.    Hospital Beluran
115.    Hospital Tambunan
116.    Hospital Kunak
117.    Hospital Pitas
118.    Hospital Kuala Penyu

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
119.    Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
120.    Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
121.    Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
122.    Pusat Perubatan Universiti Malaya

HOSPITAL SWASTA
123.    KPJ Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
124.    KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
125.    KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
126.    Pusat Perubatan Pantai, KL
127.    KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
128.    Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments are closed.