Blog Dunia Susu Ibu
Penyusuan Melalui Kaedah Alternatif
Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/penyusuan-melalui-kaedah-alternatif-1.54206
Diakses pada: 15/9/2012, jam 2.47 pagi.
Oleh: Editorial PaMa
Susu ibu perahan boleh diberi kepada bayi bukan semata-mata menggunakan botol sahaja.
Pakar laktasi sering mengesyorkan para ibu yang bekerjaya untuk kurang menggunakan botol susu sebagai medium memberi perahan susu ibu kepada bayi sepanjang si kecil ditinggalkan dengan pengasuhnya di rumah atau di taman asuhan kanak-kanak. Hal ini disebabkan, ia dikhuatiri boleh menyebabkan bayi keliru puting di mana secara tidak langsung akan merencatkan usaha anda menjayakan penyusuan susu ibu.
Jangan sesekali khuatir tentang penggunaan kaedah alternatif ini dalam memberikan susu ibu kepada bayi. Anda perlu faham bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunapakai untuk membolehkan bayi anda mendapat bekalan susu ibu yang diperlukannya setiap hari. Ingat, dia tidak perlu hanya bergantung kepada botol susu. Apatah lagi, bermula seawal usia 50 hari, bayi sudah boleh diajar untuk minum susu ibu perahan melalui cawan, sudu mahupun picagari.
Amalan memberi susu ibu perahan menggunakan kaedah alternatif mungkin kelihatan payah untuk direalisasikan kerana ia memerlukan komitmen penuh daripada pengasuh. Namun, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Oleh yang demikian, anda perlu menyatakan hasrat murni kepada pengasuh seawal mungkin. Setelah persetujuan kedua-dua pihak dicapai, anda boleh mula menunjuk ajar pengasuh dalam mengendalikan proses penyusuan bayi menggunakan kaedah alternatif pilihan.
Namun yang demikian, sebelum mengajar pengasuh, diri anda sendiri seharusnya tidak kekok dalam memberikan susu ibu perahan kepada bayi. Beringatlah bahawa amalan sebegini tidak sukar tetapi ia memerlukan latihan yang berterusan agar anda dan bayi sama-sama mahir melakukannya.
Latihan Berterusan
Ketika berlatih memberikan susu ibu perahan, ada baiknya untuk anda meminta bantuan ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana bayi sangat pintar. Dia pasti tidak mahu minum jika anda sendiri yang memberikannya kerana dia mahu menyusu terus daripada payu dara!
Bayi sememangnya bijak. Ketika latihan dilakukan, anda pasti teruja apabila melihat dia minum dan menelan susu ibu yang diberikan secara perlahan-lahan sehingga habis. Pada peringkat permulaan, pasti sedikit sebanyak ada susu yang tumpah. Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk memakai pelapik kain untuk menghindar susu tertumpah (bib), tuala atau napkin ke dadanya.
Ada segelintir bayi mungkin memerlukan sedikit masa untuk belajar. Janganlah mengharapkan bayi anda mampu untuk menguasai kemahiran meminum susu melalui kaedah alternatif dalam masa yang singkat. Jadi, bersabarlah dan berdoa agar usaha anda dipermudahkan- Nya. Dalam pada itu, amat penting untuk anda dan bayi sama-sama berlatih secara berterusan.
Panduan Penggunaan Kaedah Alternatif
1. Perhatikan petunjuk bayi ingin menyusu (baby cues). Hanya berikan susu ibu perahan semasa dia sudah bangun daripada tidur. Jangan berikan ketika dia masih lagi dalam keadaan tidur-tidur ayam. Ikutilah baby cues. Jangan sesekali memaksa bayi untuk menyusu kerana dia akan beri petunjuk apabila berasa selesa dan bersedia melakukannya.
2. Apabila bayi sudah menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk menyusu, isikan cawan, sudu atau picagari dengan 1 oz susu ibu perahan.
3. Sekiranya boleh, bedung bayi menggunakan kain bedung. Hal ini penting bagi mengelakkan tangannya bergerak dan mengenai alat alternatif yang anda pilih.
4. Posisi kan bayi pada kedudukan menegak dengan tangan di belakang lehernya. Pada masa yang sama pastikan bayi selesa dengan posisi ini.
5. Jika menggunakan cawan atau sudu, condongkannya ke bibir bayi. Biarkan dia menjilat sendiri susu itu dengan lidahnya. Bagi yang memilih untuk menggunakan picagari pula, anda hanya perlu picit kandungan susu ibu secara perlahan-lahan.
6. Pastikan bayi menelan susu ibu perahan. Oleh itu, jangan sesekali menuang susu terus ke dalam mulutnya.
7. Kekalkan kedudukan cawan atau sudu walaupun bayi berhenti seketika. Apabila sudah kenyang, bayi akan memusingkan kepalanya sebagai tanda dia tidak lagi mahu menyusu. Jadi, anda perlu berhenti dan sendawakan dia seperti biasa.
Bahagia Seorang Ibu Susuan
Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/bahagia-seorang-ibu-susuan-1.22345
Diakses pada: 15/9/2012, jam 2.42 pagi.
Oleh: Editorial PaMa
Perasaan belas yang mengalir di dalam diri wanita bergelar ibu amat halus. Simpati mendengar kisah sedih keluarga bayi yang bakal lahir membuatkan dia nekad membantu.
Perkhabaran yang didengar meruntun naluri keibuannya. Seorang teman memberitahu kisah ibu yang sarat hamil anak ketujuh ingin menyerahkan anak tersebut kepada keluarga yang mampu menjaga anaknya.
Hati Hazarina Ishak, 32 yang juga sedang sarat mengandung anak kedua begitu tersentuh. Memikirkan kemampuan dan keupayaan yang dikurniakan Ilahi, dia nekad hendak menjadikan anak tersebut anak susuannya.
Namun sebelum mengambil keputusan, dia berbincang terlebih dahulu dengan suami tercinta, Noorfaizal Md Radzi, 35 dan ahli keluarga terdekat. Sokongan dan kebenaran yang diberikan cukup menguatkan semangat Hazarina untuk membantu insan kecil yang belum lagi menjengah ke dunia itu.
Sebaik anak kecil itu lahir, ibu kepada Muhammad Zafran Naufal, 5 dan Muhammad Zuhayr Nuqman, 18 bulan terus melakukan prosedur mengambil anak angkat yang sah dari segi undang-undang.
Ketika itu Hazarina juga sedang menghitung hari untuk melahirkan anak keduanya. Hazarina tidak menafikan hak anak tersebut untuk mendapatkan kolostrum, susu awal ibu dan juga susu ibunya. Ekoran itu bayi yang telah diangkat menjadi anaknya diberi peluang menikmati susu ibu kandungnya lebih kurang dalam tempoh sebulan. Pam juga dibekalkan kepada ibu tersebut untuk memudahkan susu perahan disimpan.
Cabaran Menyusukan
Tidak sampai sebulan selepas melahirkan Zuhayr, Hazarina mengambil anak kecil yang akan disusukan dengan susu badannya. Sebenarnya antara cabaran yang kerap menghantuinya tatkala membuat keputusan mengambil anak susuan adalah keupayaan untuk menyusukan secara eksklusif kedua-dua bayi.
“Saya mencabar diri untuk menyusukan mereka secara eksklusif sehingga besar. Saya berjaya susukan anak pertama sehingga berusia 2 tahun 4 bulan, jadi saya nekad untuk memberikan peluang yang sama kepada anak kedua dan anak susuan,” ujarnya yang memberitahu semasa berpantang dia sudah mengamalkan ‘tandem pumping’ , mengepam susu di sebelah payu dara ketika Zuhayr sedang menyusu.
Sebenarnya menurut Pengurus butik Lunatots Putrajaya ini, isu tidak cukup susu untuk menyusukan kedua bayi serentak bukan halangan. Apatah lagi sekiranya si ibu melahirkan bayi kembar. Asalkan ibu bijak mengatur strategi, Insya-ALLAH menyusu secara eksklusif boleh direalisasikan.
“Saya sudah mulakan rangsangan kepada badan sejak awal lagi. Saya memberi isyarat kepada badan yang perlu bersedia untuk menyusukan dua orang anak serentak.
Jadi, masa baharu lahirkan Zuhayr dan belum mengambil Zahra lagi, saya telah mengepam sebelah payu dara setiap kali Zuhayr menyusu. Ia membantu usaha menghasilkan banyak susu,” katanya yang terus menyusukan anak susuannya sebaik dibawa pulang.
Mudah Dijaga
Kehadiran Zahra Nur Alya, setahun setengah dianggap seperti rezeki datang bergolek. Terasa lengkap kehidupan mereka kerana dikurniakan anak perempuan.
Bahkan nama yang membawa maksud ‘bunga cahaya ketinggian’ turut dipilih oleh mereka. Dia sebenarnya sudah menyediakan nama Zahra Nur Iman untuk anak dalam kandungan kerana menjangkakan ia anak perempuan. Bahkan dia sengaja tidak mahu mengetahui jantina anaknya.
Jadi apabila mendapat anak susuan berjantina perempuan nama yang sama terus diberikan kepadanya tetapi diganti nama akhirnya Alya.
Hazarina menganggap dirinya umpama ibu beranak kembar. Dia bersyukur kerana diberi peluang merasakan pengalaman membesarkan sepasang anak serentak.
“Jika orang bercerita suka-duka membesarkan anak kembar, saya sudah ada pengalaman sendiri. Cabaran saya sama seperti ibu beranak kembar. Semasa masih bayi dahulu, Zahra seorang kakak yang mudah beralah. Jika adiknya menangis hendak susu, dia yang sedang menyusu akan berhenti memberi laluan kepada si adik,” ceritanya sambil sibuk memujuk kedua ‘pasangan kembar’ ini yang asyik melekat pada ibu mereka.
Menurutnya, Zahra memang anak yang pemalu, manja dan tidak kedekut. Sejak kecil lagi dia memang rapat dengan Hazarina. Menganggap Zahra umpama anak susuan yang dijaga terus seperti anak sendiri, Hazarina tidak akan menyorokkan status anaknya itu kelak.
Dia hanya akan memberitahu hal sebenar kepada Zahra apabila anak itu sudah bersedia untuk mengetahui hal tersebut.
“Saya anggap Zahra sebagai satu amanah dari Allah. Saya sentiasa berazam untuk mendidik dan menyusukannya sama seperti anak-anak lain. Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa saya kerana sehingga saat ini dia masih lagi menyusu secara eksklusif,” ucapnya bersyukur kerana mudah menjaga Zahra.
Tip Menyusukan Dua Anak
Biarpun pada awalnya, Hazarina amat risaukan bab menyusukan anak serentak tetapi selepas setahun setengah membesarkan mereka, dia bersyukur kerana masih mampu meneruskan usaha murni tersebut.
Dia mengaku usaha tersebut berjaya direalisasikan kerana perancangan awal yang dilakukan. Persediaan mental dan fizikal untuk menyusukan anak banyak membantunya.
Sejak lahir sehingga Zahra dan Zuhayr berusia enam bulan, kedua-dua anak kecil ini hanya diberikan susu ibu dan Hazarina memang membawa mereka ke kedainya ketika sedang bekerja. Jadi, soal memberikan susu tidak menjadi masalah ketika itu tetapi dia tidak pernah culas mengepam susu kerana katanya proses mengepam itu membuatkan badan tahu ia perlu menghasilkan susu untuk dua orang anak.
“Dalam sehari saya biasa mengepam tiga hingga empat kali dan setiap kali mengepam saya mendapat 12 aun susu. Bahkan saya pernah mencipta rekod peribadi mengepam susu sebanyak lebih 50 aun sehari.
Sebenarnya saya memegang prinsip asas penyusuan (demand& supply) di mana selagi permintaan yang badan perlukan banyak susu dibuat, susu akan lebih banyak terhasil. Malah, saya tidak mengamalkan milk booster tertentu. Oleh itu ibu-ibu jangan risau tentang masalah tidak cukup susu untuk anak susuan dan anak kandung sekaligus.
Yang penting, kita kena cipta permintaan dan penawaran, makan makanan berkhasiat, Insya-ALLAH susu akan cukup,” kongsinya tentang tip menyusukan anak susuan dan anak kandung serentak.
Rawat Bengkak Susu
Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/rawat-bengkak-susu-1.55672
Diakses pada: 15/9/2012, jam 2.35 pagi.
Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 11 Jun 2012
Apabila gigi bayi sudah mula tumbuh, si kecil ini sudah pandai mengigit puting payudara ibunya ketika menyusu. Kesannya, ramai ibu yang ‘seram’ menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.
Salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk membantu mencegah kesakitan sewaktu menyusukan bayi. Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.
Teknik Menghisap Yang Tepat
1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.
Uncang Teh
Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.
Mengepam Susu Badan
Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu.
Tuam
Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.
Tip Elak Bengkak Susu
• Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
• Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
• Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
• Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
• Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
Rawatan Alternatif
Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :
1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.
Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.
2. Jingle Jungle Reusable Warm
Hangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.
3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.
10 Pilihan Cara simpan Susu Perahan
Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/10-pilihan-cara-simpan-susu-perahan-1.21850
Diakses pada: 15/9/2012, jam 2.30 pagi.
Oleh: Editorial PaMa
Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.
Makanan Tidak Pengaruhi Susu Ibu
Sumber: http://pama.karangkraf.com/s-j/makanan-tidak-pengaruhi-susu-ibu-1.20054
Diakses pada: 15/9/2012, jam 2.21 pagi.
Oleh: Editorial PaMa
S : Saya baru melahirkan anak. Pengambilan makanan seimbang diyakini dapat memperbanyakkan susu. Adakah dengan pengambilan makanan segera akan mempengaruhi penghasilan susu ibu?
Ibu Marsya, Keramat Wangsa, Kuala Lumpur
J : Amalan pemakanan sihat sememangnya penting bukan sahaja untuk para ibu yang menyusukan bayi tetapi untuk setiap individu tidak kira peringkat umur. Pelbagaikan makanan yang diambil dan pastikan ia seimbang! Hal ini adalah untuk kesihatan anda dan bukannya untuk menjamin kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan. Walaupun anda mengambil makanan segera sekalipun, ia tidak akan menjejaskan penghasilan susu tetapi akan memudaratkan kesihatan anda sendiri!
Perkara yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang secukupnya adalah kekerapan bayi menyusu dan amalan mengosongkan payu dara anda dengan efektif. Maka dengan itu akan bertambah banyaklah susu anda!
Sementara itu, untuk makluman anda, kadang kala kalori seorang ibu atau pengambilan cecair boleh menjejaskan pengeluaran susu.
• Kalori : Secara umumnya, anda hanya perlu “mendengar” isyarat tubuh dan makan untuk memenuhi selera diri. Ini adalah perkara biasa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan kalori harian yang diperlukan. Amalan mengira kalori merupakan suatu perkara yang kurang perlu dilakukan melainkan anda mempunyai masalah untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Dalam pada itu, diet yang berlebihan boleh mengurangkan bekalan susu, namun diet yang ideal secara amnya tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.
• Cecair : Anda tidak perlu memaksa diri untuk mengambil cecair pada jumlah yang tertentu. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga. Itu yang paling penting. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah penghidratan yang teruk, minum air tambahan tidak akan memberi apa-apa manfaat, malah lebih teruk daripada itu, ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan pada masa yang sama tidak membantu meningkatkan bekalan susu. Oleh yang demikian, makanlah apabila berasa lapar dan minum apabila berasa dahaga. Perlukah anda mengambil sebarang makanan khas ataupun suplemen tambahan? Vitamin atau mineral (pranatal atau apa-apa jenis juga) tidak dianggap perlu jika anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Hal ini kerana penghasilan susu bergantung kepada permintaan dan bukannya produk atau pemakanan khas.
Setiap ibu, tidak kira sama ada bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa harus mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang mengikut cadangan pemakanan sihat oleh Kementerian Kesihatan. Anda perlu memastikan diri mendapat rehat yang secukupnya dan kurangkan tekanan kerana apabila ibu tidak tenang ia akan mempengaruhi keupayaan anda untuk mendapatkan pancutan refleks (milk ejection reflex) kerana hormon oksitosin yang bertanggungjawab untuk perkara ini berlaku akan terencat. Pancutan refleks diperlukan untuk mengeluarkan susu daripada payu dara.
Lapisan Lemak Susu Ibu
Sumber: http://pama.karangkraf.com/s-j/lapisan-lemak-susu-ibu-1.12117
Diakses pada: 15/9/2012, jam 1.57 pagi.
Oleh: Editorial PaMa
S : Saya merupakan ibu berkerjaya dan sedang menyusukan anak berusia lima bulan secara eksklusif. Saya membawa susu perahan ke taska sebanyak 12 hingga 14 oz setiap hari. Susu tersebut disimpan di dalam peti sejuk bahagian atas selama dua minggu. Masalahnya, di sebelah petang, saya dapati terdapat lapisan minyak di permukaan susu tersebut. Apakah punca terhasilnya minyak tersebut dan adakah ia selamat diminum?
Siti
Gopeng, Perak
J : Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Tahukah puan bahawa selain daripada kaya dengan kandungan nutrein, komposisi bahan di dalam susu ibu sungguh unik? Antara komponen utama di dalam susu ibu adalah lemak, protein, karbohidrat, vitamin, mineral, enzim untuk penghadaman, hormon dan lain-lain. Ia turut mengandungi faktor pelindung seperti antibodi dan lymphocytes yang membantu sistem imunisasi bayi untuk melawan penyakit dengan lebih baik.
Untuk pengetahuan, lapisan minyak yang puan maksudkan itu sebenarnya adalah lemak. Apabila susu perahan dibiarkan untuk seketika, puan akan dapat melihat dua lapisan terbentuk. Lapisan bawah sedikit cair manakala lapisan atasnya lebih lemak berkrim. Keadaan ini adalah normal kerana lemak di dalam susu perahan puan akan naik ke atas. Oleh yang demikian, ia sememangnya selamat untuk diminum!
Sementara itu, faktor yang menyebabkan keadaan ini tidak berlaku kepada susu lembu atau kambing adalah kerana kedua-duanya telah melalui proses homogen. Kandungan nutrien dan lemak susu homogen masih sama seperti susu biasa. Ia hanya melalui proses yang dikenali sebagai homogenisation bagi memecahkan globule lemak di dalam susu. Proses inilah yang menyebarkan lemak secara rata ke seluruh susu dan menghalang lapisan berlemak terbentuk di bahagian atas. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan apa yang terkandung di dalam susu ibu, sila lihat gambar rajah berikut.
Mom’s Precious – Cooler Kit Convertible Sling Set BIG
Dapatkan Mom’s Precious – Cooler Kit Convertible Sling Set BIG di Eshop Dunia Susu Ibu.
Mom’s Precious – Cooler Kit Convertible Sling Set BIG contains:
A day carrier kit (cooler/warmer bag with special lining for cold/heat retention) (worth RM69.00)
6 Moms Precious Polypropylene (PP) Storage bottles (5oz) & 2 Cup Feeders (worth RM39.00)
Mom’s Precious Reusable Ice Packs – which will last more than 16 hours! (worth RM38.00)
1 Mesh Air Dry Pouch (worth RM16.00)
Set is worth RM162.00. SAVE more than 20% when you buy this set. Truly a value buy!!
The Moms Precious Cooler Kit Convertible Sling Bag is used to store, cool and transport breast milk. Can also be turned into a handy baby bag to carry food or drinks during short trips out with baby!
This bag will be able to hold manual breast pumps (will fit the Medela Harmony, Mamivac Manual, Medela Manual, Avent Isis). This is a reasonably discreet way to carry all your expressing equipment.
BONUS FEATURE: 3 ways to carry this bag — hand carry, sling, or hook it up to your stroller or diaper bag!
Features and benefits:
1 main storage compartment, 1 back pocket & a small clear pocket in front for your baby’s picture or identification purpose
A handle with buckle so you can hand carry OR strap the bag to your stroller or other bags
Adjustable shoulder strap
An additional adjustable shoulder strap handle so you can convert it into a sling bag. Easily converts into a sling bag!
Durable material with reinforced construction
Water proof and insulated lining
Functional, stylish, modern and everlasting design
Wide mouth opening allow for easy access
Breast milk can be stored for more than 16 hours with this type of chilly bag* (*only if you use our Moms Precious Reusable Ice Packs for optimum results)
Mom’s Precious – Cooler Bag Set
Dapatkan Mom’s Precious – Cooler Bag Set di Eshop Dunia Susu Ibu.
This cooler bag set includes:
Cooler bag (convertible sling/back pack) – worth RM 75.00
6 Moms Precious Storage Bottles & 2 Bottle Caps that also double up as a feeding cup – worth RM 39.00
3 Moms Precious Reusable Ice pack with 3 pouch cover – worth RM 38.00
Dimension (inches): 8.5″(H) x 6″(W) x 8.5″(L)
Set is worth RM 152.00. SAVE up to 20% when you buy this set. Truly a value buy!!
The Moms Precious Cooler Bag (Sling/Back pack convertible) set is used to store, cool and transport breast milk. Can also be turned into a handy mummy bag during short trips out with baby!
This bag also offers additional room to hold breast pump (will fit the Medela Swing, Medela Harmony, Mini Electric, Medela Manual, Avent Isis manual pump, Avent Isis Uno and Playtex Manual Breastpump). This is a reasonably discreet way to carry all your expressing equipment. BONUS FEATURE: 4 ways to carry this bag hand carry, sling, backpack or hook it up to your stroller or diaper bag!
Features and benefits:
3 separate storage compartments
Adjustable shoulder strap
An additional handle for you to hand carry
Can easily be converted into a sling bag or back pack
Additional strap with buttons at the back so you can strap the bag to your stroller or other bags
Durable material with reinforced constructionWater proof and insulated lining
Functional, stylish, modern and everlasting design
Wide mouth opening allow for easy access
Breast milk can be stored for more than 12 hours with this type of chilly bag (we recommend that you use our range of Moms Precious Reusable Ice Packs for optimum results)
Jingle Jungle – Awesome Mom Cooler Bag Set (Chestnut)
Dapatkan Jingle Jungle – Awesome Mom Cooler Bag Set (Chestnut) di Eshop Dunia Susu Ibu.
With this combo package, you will receive:
1) 1 unit of Jingle Jungle Awesome Mom Cooler Bag
2) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
3) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours)
Save more and earn more
Jingle Jungle – Awesome Mom Cooler Bag Set (Blue Stone)
Dapatkan Jingle Jungle – Awesome Mom Cooler Bag Set (Blue Stone) di Eshop Dunia Susu Ibu.
With this combo package, you will receive:
1) 1 unit of Jingle Jungle Awesome Mom Cooler Bag
2) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
3) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours)
Save more and earn more