PENYUSUAN IBU ~ Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi

Sumber: http://worldbreastfeedingweek.org/

Download di sini.

Minggu Penyusuan Ibu Sedunia (1-7 Ogos 2010)

10 Langkah telah dibentangkan pada 1989 sebagai Kenyataan Bersama WHO/ UNICEF dalam usaha Perlindungan. Promosi dan Sokongan Penyusuan Ibu: Suatu peranan istimewa dalam Perkhidmatan Perbidanan. Deklarasi Innocenti pada 1990 itu, menyeru dunia untuk melaksanakan Sepuluh Langkah ini secara menyeluruh di semua agensi perbidanan menjelang 1995. Dua dekad kemudian, lebih 152 buah negara telah mempunyai hospital Rakan Bayi. Mereka telah melaksanakan 10 Langkah dan dengan penambahan beberapa bahagian berkenaan dari Kod Tataetika Pemasaran Gantian Susu Ibu Antarabangsa, telah membantu untuk menghalang promosi susu formula kepada pengamal penjagaan kesihatan dan orang awam.

10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN IBU YANG BERJAYA

Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu:
  1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.

KEMAJUAN Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) DAN 10 LANGKAH SEHINGGA KE HARI INI

Pencapaian: Pada hari ini lebih 20,000 buah kemudahan perbidanan di seluruh dunia dilaporkan pernah mencapai status Rakan bayi. BFHI telah meningkatkan penyusuan eksklusif pada peringkat tempatan, kebangsaan dan sedunia. Peningkatan kadar penyusuan adalah faktor utama penurunan dalam kadar kematian bayi (UNICEF 2009).

Semakan Amalan Mesra-Bayi mengambil kira saranan set 10 langkah untuk program di luar hospital, iaitu tempat-tempat kesihatan lain dan di dalam komuniti.

Didapati, apabila 10 Langkah diterapkan di hospital, sokongan berasaskan komuniti jelas menambahkan keberkesanannya. Tetapi, apabila hanya sebahagian sahaja dari 10 Langkah ini dilaksanakan, usaha penyusuan ibu yang lain juga menjadi kurang berkesan.

Cabaran Yang Masih Ada: Walaupun, didapati bukti tentang potensi manfaat 10 Langkah ini semakin betambah, malangnya, kami masih menerima laporan tentang kurangnya kerjasama, kemerosotan amalan hospital dan kurang latihan ke atas kakitangan kesihatan untuk memberi nasihat kepada ibu.

Oleh itu, telah tiba masanya untuk menggiatkan semula perlaksanaan 10 Langkah di hospital, di tempat penjagaan kesihatan yang lain serta di dalam komuniti dan kembali menuju ke arah Cara Mesra-Bayi.

MEMBUKA KEMBALI JALAN KE ARAH SOKONGAN PENYUSUAN Hospital Rakan Bayi

Semakan dan Kemaskini Inisiatif: Pada tahun 2007, UNICEF dan WHO telah menyiapkan kemaskini dan semakan bahan BFHI yang lebih mesra pengguna dan memperkenalkan pendekatan baru iaitu mesra bayi melangkaui bidang perbidanan. Beberapa buah negara memanggil inisiatif ini sebagai “Mesra Ibu dan Bayi”, namun sejak akhir-akhir ini, idea baru tentang inisatif ini iaitu Inisiatif Kelahiran Mesra Ibu dan Bayi Antarabangsa (IMBCI): 10 Langkah ke Arah Perkhidmatan Perbidanan Optima, yang merangkumi 9 langkah agar ibu dan kelahiran dapat mengurangkan campur tangan yang tidak perlu semasa proses pelahiran dan bersalin. Langkah kesepuluh adalah 10 Langkah ke Arah Penyusuan Ibu Yang Berjaya.

Dengan mengikuti cara Mesra-Bayi, kadar penyusuan dapat ditingkatkan, dan memperbaiki tahap kesihatan ibu dan bayi di seluruh dunia.

Amalan Mesra-Penyusuan: Kita tahu bahawa dengan pertambahan amalan 10 langkah ini, semakin tinggi kemungkinan wanita berjaya mencapai matlamat penyusuan ibu mereka. Ini mengesahkan tentang kepentingan untuk setiap pusat perbidanan, hospital, klinik dan komuniti berusaha meningkatkan langkah di setiap tempat, walaupun mereka mendapati amat sukar untuk mencapai kesemua 10 langkah dalam satu masa. Dengan cara itu, semua hospital akan berasa lebih mudah untuk melaksanakan setiap satu langkah baru!

APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?

Selepas dua puluh tahun deklarasi Innocenti – ini adalah masa terbaik untuk menilai semula dan mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan untuk menggiat semula dan mengembangkan Inisiatif Mesra-Bayi, mengikuti Laluan 10 Langkah di dalam dan di luar penjagaan kesihatan. Di dalam Helaian Aktiviti Minggu Penyusuan Ibu Sedunia WABA pelbagai idea akan diberikan, tetapi pada hari ini, pertimbangkan apa yang boleh anda lakukan SEKARANG, PADA TAHUN INI, untuk:

  1. Bantu rakan anda, rakan sekerja dan komuniti dalam mencari haluan.
  2. Cari maklumat tentang status BFHI dan 10 langkah di negara anda dan perjuangkan perubahan di hospital.
  3. Lakukan perubahan pada peringkat kebangsaan. Perjuangkan perubahan di hospital, pusat perbidanan dan dalam sistem penjagaan kesihatan lain amnya – seperti pusat kesihatan, jagaan kesihatan primer dan komuniti kesihatan.
  4. Memperbaiki keadaan dunia kita untuk ibu dan anak serta masa hadapan.

 

Dengan mengamalkan Laluan 10 Langkah bersama 10 ‘Langkah Permulaan’  yang dipercayai, akan membawa kita jauh ke hadapan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments are closed.